Pada 17hb Ogos yang lalu, tempat kerja aku mengadakan satu majlis berbuka puasa bessama dengan anak yatim dari Sg. Penchala. Seramai 40 orang anak yatim dan 30 orang pekerja dari pejabat aku yang hadir. Majlis ini diadakan di Restoran Gulam Mee yang terletak di Kota Damansara. Majlis bermula setelah abis waktu bekerja dalam pukul 5 petang. Semua pekerja yang malas bawa kenderaan sendiri menaiki bas yang disediakan oleh aku selaku orang yang bertanggungjawab menjaga unit pengangkutan. Aku menjangkakan jalan akan sesak tapi sebaliknya yang berlaku. Mungkin kerana Selangor cuti sempena Nuzur Quran. Jadi ramai yang tidak bekerja pada hari tersebut. Berikut adalaha sedikit sebanyak gambar yang mampu diambil oleh aku.
 |
| Inilah restoran Gulam Mee. Ada 2 tingkat. Majlis aku buat di tingkat atas. |
 |
| Pekerja restoran sedang mengatur dewan makan. |
 |
| Rakan sekerja yang hadir |
 |
| Ada balkoni di luar. Makan sambil bersantai. |
 |
| Bas yang aku gunakan untuk membawa rakan sekerja |
 |
| Susunan ala gerai jalanan anatasra 2 banguna Gulam Mee. Terdapat bermacam-macam gerai yang menyediakan hidangan berbeza. |
 |
| Gerai kuih-muih. Ada gerai rojak, ikan bakar, ABC, cendol, dan bermacam-macam lagi. Semua Gulam Mee yang punye. |
 |
| Anak yatim membuat persembahan sebelum berbuka. |
 |
| Ni makanan yang diambil oleh rakan-rakan meja aku. :) |
Majlis ini berjalan dengan jayanya. Suasana yang santai dan menyeronokkan melihat gelagat anak yatim yang majoriti masih sekolah rendah. Selepas selesai makan dan penyampaian cenderahati dan duit raya, aku pun balik. Tetapi sebelum balik ke tempat kerja, aku bawa anak-anak yatim pulang ke rumah mereka. Sekian, selamat berpuasa semua. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan