Hari ni hari sabtu. So ak takde keje nak buat. Jadi aku pun cari keje la. Memula ak tolong ayah aku tukar spring kete dia. Dia baru beli spring baru so aku tolong la sebab adik-adik aku tak bangun lagi. Sekejap je tukar spring ni. Lagi-lagi jenis yang asing spring dan absorber dia. Jadi,selepas siap keje dengan ayah aku, aku pn ajak adik aku teman g kedai moto yang ak beli tuk tukar minyak hitam sementara servis tengah percuma ni. hehe..Aku dok tegur sapa la pekerja-pekerja dalam kedai tu sebab diorg kenal muka aku. Aku pn dok belek-belek glove,rpm meter, helmet, pelinfung lutut dan macam-macam lagi barang scrambler. Pastu aku pun pegi la kat bahagian mimyak hitam. Mula-mula cadang nak pakai Motul 3100 tapi pomen sarankan aku amik Shell Advance AX7 semi sintetik sebab 1liter sedangkan Motul cuma 0.8liter je sebotol. Lagipun minyak Shell ni lagi bagus dari motul. Kata pomen tu la. Aku pun ikut je la.
 |
| Ni la minyak hitam yang disarankan oleh pomen ni. Shell Adavance AX7 Semi-sintetik. |
Sementara tunggu minyak hitam semua kluar, aku pun borak la dengan pomen tu. Aku bagitau yang moto aku kadang-kadang macam putus minyak, dia pun cakap karburator puncanya. So dia pun buka la pilot jet pastu tembak angin. Dia cakap kilang biasa ada letak kimia untuk taknak bagi pe ntah jadi. lupa dah aku menatang pe dia cakap.
 |
| Proses menukar minyak enjin. 10w-40 |
Semasa aku tengah tukar minyak hitam, ada klx hijau tengah tukar sprocket. Aku tanya berapa harga sprocket 1 set, pomen tu cakap rm110 suma..perghh..mahal gak barang-barang kawasaki i..huhu..tapi dah minat bedal je la kan. Bila sudah setel semua, aku pun ajak adik aku pergi seksyen 7 nak tengok-tengok barang aksesori scrambler. Niat memula nak tengok-tengok je tapi terbeli jugak 2 barang ni. Side mirror Koso dengan lampu belakang led custom. Tershopping raya la pulak. Bahaya tol bila pergi kedai time duit ada dalam wallet ni..huhuhu
 |
| Led tail lamp & side mirror Koso |
Balik je ruah aku terus projekkan motor aku. Memula kene togelkan suma set belakang pastu aku setting tail lamp tu sbb bukan plug & play. Kene modified skit tapak dia. Aku pun potong skit kat mane-mane yang patut pastu tebuk lubang tuk skru boleh masuk. Petang jugak la siap moto aku ni. Nasib baik suma pasang sendiri. Wiring pun buat sendiri je. Kalo hantar kedai ntah berape dia charge aku nanti..hehe..
 |
| Ekor |
 |
| Hasilnya. |
 |
| Side mirror Koso. Ok la dari side mirror mickey mouse dia yang asal tu.hehe |
So ini la hasil terbaru moto aku. Sikit-sikit je aku buat. ada modal lebih aku buat, kalo xde aku dok diam-diam je. zasssssssssss.....
0 ulasan:
Catat Ulasan