Sabtu, 27 Ogos 2011

Kawasaki KLX 150 Blackie come to Papa!..ngengenge

Akhirnya tercapai hajat untuk menambah koleksi motor dengan model scrambler selepas Honda cub C70, Yamaha cub, Yamaha Virago 565, Honda EX5 vtec dan Suzuki RGX berada di lapangan rumah aku.hehe. Model yang aku berjaya beli kali ni hanya la Kawasaki 150s tp kat geran 150c. Mungkin sebab aku model hitam kot. 

Kenapa aku lebih suka KLX dari model-model lain macam BKZ, Demak, Nimota dan MZ?. Sebabnya motor lain tu tinggi sangat.hehe. Pastu berat pulak. Kelebihan KLX ni dia paling ringan dalam kelas 150, rendah sikit dari model lain sebab menggunakan rim 19+16 berbanding model full size yang menggunakan rim 21+19. Pickup pula paling melantun di dalam kelasnya. Tapi jangan la sesapa nak belanja kat highway dengan model-model yang lain sebab memang cicir la. Sebab model ini adalah replika dari model motocross KLX 140. Jadi ratio gear dia sememangnya untuk pikap sahaja.

Malam pertama di rumah tuannya.hehe
Bila motor ni keluar je aku terus bawa pergi isi minyak penuh tangki untuk tengok berapa jauh dia boleh gerak sampai habis minyak setakat reserve fuel je. Kalau sampi kering mau bertolak aku kat tengah-tengah jalan nanti.hehe. Jadi, apa yang aku dapat ialah tangki penuh KLX dapat gerak sejauh 220km++ dengan kelajaun purata 70-80km/j. Ni motor aku la. Motor orang lain aku tak tahu la pulak.

KLX 150 Black edition

Bagi aku, motor ni lagi sedap bawak dari EX5 sebab tinggi dan saspensi dia pun lembut. Jadi, untuk keadaan jalan Malaysia yang macam haram ni memang syok la sebab kita tak akan terentak urat perut dan usus tatkala melanggar lubang-lubang dan bonggol-bonggol di jalanan negara kita ini.

Godek-godek tengok part
Di bengkel Shon
Aku beli motor ni pun niat nak main trail masuk hutan dan memancing. Sebab aku suka aktiviti outdoor ni. So memang sesuai la. Lagi pun x rugi beli motor dual purpose ni. Boleh kemana-mana hatta meredah banjir skali pun. Sekarg ni perlahan-lahan part-part yang tak cantik di pandang dicabut. Bagi nampak ranggi kata orang.hehe. Mungkin tak lama lagi motor aku akan jadi seperti gambar bawah ni?..hehe






Hehe memang perkara-perkara macam ini yang aku nak buat. Cuma kena tunggu masa yang sesuai je. KLX boleh terbang, redah sungai dan macam-macam lagi. Berbaloi-baloi..hehe.. :) Tapi dengar ura-ura Yamaha nak bawa masuk model dual-purposenya iaitu model WR125. Ini kerana mereka lihat Kawasaki berjaya  dengan model KLX dan ingin menyaingi dalam arena scrambler yang mendapat sambutan di pasaran tempatan. Tungguuuuuuuu...

0 ulasan:

Catat Ulasan