Sabtu, 13 Ogos 2011

Tindakan kerajaan China terhadap islam. Bukti terhadap Malaysia dan implikasinya terhadap ISLAM

URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.
Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.
Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.
Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.
"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Sudah baca artikel di atas?Apa perasaan anda jika anda berada di tempat mereka? mereka bukan malayu (istilah lama) / melayu (istilah moden) tp bangsa cina. bangsa cina yg beragama islam. jika sesama bangsa pn mereka sggup bertindak sedemikian bayangkan pula tindakan yg akan berlaku jika mereka berkuasa terhadap bangsa lain khususnya bangsa melayu..sekarang yg baru suam2 kuku berkuasa di dalam Malaysia dah berani membangkitkan isu azan, isu mengaji, haram halal, tidak mahu pakai baju rasmi parlimen dengan alasan 'keagamaan' dan sebagainya. itu semua bodoh. baju melayu+songkok bukan AGAMA tp KEBANGSAAN. tidak bolehkah parasit2 ini faham perbezaan ini?. Nak cakap tak pandai tp suma belajar tinggi. lepasan universiti.

Isu JAIS dan PDRM kita lihat artikel ini:

"" Kenyataan Dato' Dr Hassan Ali:
KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.


Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Posted by Uwais Qarny  ""

tolak tepi bab politik dan fikirkan anda sebagai JAIS. Perlembagaan kita terang2 tercatit 'Umat bukan islam dilarang menyebarkan agama lain kepada umat islam'. undang2 sudah jelas tp kenapa pemimpin x pertahankan?.. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh meminta ma'af, malah dipaksa menyerahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang.
Perkara ini akan terjadi di Malaysia jika kit sebagai umat islam masih bercakaran sesama sendiri. Golongan dengan perangai nak kekalkan kuasa, golongan muda pula dengan perangai endah x endah pada negara. Kesannya adalah pada masa hadapan. Pada masa cucu cicit kita sudah besar. Mereka akan sedih dan menyumpah golongan sekarang kerana tidak menjaga negara sendiri lalu menjejaskan kehidupan mereka.

Kita akan mati jua. Tetapi warisan yang kita buat akan disambung oleh generasi seterusnya. Merekalah yang akan menanggung kesan dari perbuatan kita sekarang. Kita kena seimbangkan POLITIK dengan AGAMA..AGAMA no 1 dan POLITIK no 2. tapi ingat, situasi zaman sekarang politik diperlukan untuk membuat undang2 menjaga agama. Sebab itu kiasu2 cina skrg berusaha untuk berkuasa dlm politik dan main cucuk jarum pada parti politik melayu yang sudah berpecah pada UMNO,PAS, PKR dan macam-macam lagi yang kita x pernah dengar. Kuasa Melayu semakin rapuh. Undi pecah kepada ratio yang kecil. Sepatutnya parti ada 2 sahaja. Pro dan Pembangkang. Jangan dipecahkan lg menjadi semakin kecil.

Kita berpindah ke bab agama pula. Golongan berpengaruh Malaysia sekarang seakan teragak-agak antara hendak memperjuangkan agama atau politik. Jika lebih ke agama, politik jatuh sbb sokongan pengundi bukan islam yang diperlukan akan merosot. tetapi jika lebih ke politik, ISLAM akan hancur. Umpama peribahasa Malayu yang mengatakan 'diluah mati bapak, ditelan mati emak'. Sebenarnya punca adalah Melayu berpech dan tidak menjadi suara teras dalam suatu pakatan.

Sejarah islam menyatakan pabila sesuatu umat islam itu berganding bahu dengan kafir untuk menghancurkan islam,maka kedua-dua pihak islam akan hancur umpama menang bersorak kampung tergadai. Sebab itu PAS dahulu kuat berbanding PAS sekarang. PAS dahulu mampu tawan 3 negeri berseorangan. tp sekarang lihat apa hasilnya? terpaksa bertolak-ansur dgn DAP yang sememangnya anti-islam dari zaman sebelum merdeka lagi. PKR langsung tidak boleh diharap kerana punca penubuhannya adalah demi Anuar pada zaman Mahathir, jadi sekarang ia semakin hilang punca sedangkan mereka sekarang lebih-kurang sama fungsi seperti DAP. Sekarang mereka sudah menjurus kearah PLURALISMA dlm beragama. Allah pun kristien boleh pakai. Ini akan memesongkan minda dan akidah generasi akan datang. Anak-anak kita keliru. Kristian akan cakap pada budak2-budak bahawa tuhan kita sama tapi jangan ikut Muhammad. Ikut jesus yang dikenali sebagai tuhan anak. maka kanak-kanak yang tidak mengerti akan hadam perkara ini di dalam memori mereka. Maka sedikit demi sedikit jiwa mereka terdedah pada PLURALISMA. Perkara ini sangat merbahaya tetapi rakyat islam Malaysia diam dan kaku.

UMNO, sejak merdeka berkuasa menyebabkan mereka buta. Terlalu selesa dengan kuasa yang mereka ada dalam kerajaan persekutuan. Sanggup melakukan apa cara asalkan mereka tetap berkuasa tanpa menegakkan hak Islam dan berlembut pula pada bangsa lain yg menghina islam, sultan dan melayu. Ini dayus namanya. MCA pula tegas terhadap kepentingan bangsa sendiri sampai mengeluarkan kenyataan yang mereka sanggup bersama DAP jika perkara itu demi kepentingan bangsa mereka. Tetapi Melayu tidak ambil peduli perkara ini lagi-lagi golongan muda yang 'ahhh,x kesah r ak janji diorg x kaco ak'. Mmg tidak ganggu sekarang tetapi masa mereka berkuasa nanti mereka akan ganggu kehidupan kita dengan undang-undang baru yang merepek. Bagi pihak tua pula selalu kata 'xpe la,itu dtg dr  pandangan peribadi beliau bukan semua golongan.' ini salah. Nama pun sudah wakil rakyat maka pandangannya pandangan rakyat lah.

Jadi, kesimpulan yang kita dapat ialah jangan obses dalam berparti dan utamakan kepentingan agama. Bila di akhirat nanti bila ditanya  kenapa kita tidak mempertahankan agama semasa masih mampu?mampukah anda menjawab soalan itu?

Turutan yang akan dipersoalkan berkaitan menjaga Islam mengikut tanggungjawab bila di akhirat nanti adalah:
Yang Di-Pertua Agong > Sultan >Ulama > menteri > kerajaan > rakyat > KITA

Selamat berpuasa semua.

0 ulasan:

Catat Ulasan