Semalam isnin bersamaan 7hb November 2011 telah diadakan satu trail laju @ fast trail oleh abg Zairi Puchong. Motif sebenar adalah untuk melatih para-para beginner mcm ak ni. Tapi yg hadir pada hari tersebut hanya la aku yang beginner..Yang lain suma otai-otai yang dah biasa offroad dan selalu pergi kemensah.
Trail ini bermula jam 8 pagi. Berkumpul di depan Masjid Terapung Puchong Perdana. Nasib baik masa aku sampai ternmpk kelibat abg Zaidi. Kalau tidak memang merata la aku tunggu sebab ini adalah yang pertama kali aku pergi trail jauh dari rumah aku.hehe.
8.30 pagi - bergerak ke kedai makan untuk bersarapan sementara tunggu ahli-ahli jemaah dari tempat yang jauh. Tengah syok-syok makan nasi kukus ayam rempah tetiba hujan lebat. Dalam hujan-hujan tu muncul la kelibat ahli-ahli yang lain datang tersengih-sengih sebab dah basah. Tapi demi offroad sanggup diredah hujan lebat dengan jiwa yang kental.
9.30 pagi - semua siap makan dan bergerak ke rumah abg Zairi untuk potong rantai yang terlebih panjang.
 |
| sesi potong rantai dan tumpang tandas tuan rumah. |
9.45 pagi- bergerak ke kemandol untuk sesi 'water confident' atau sesi latihan cara bawa scram di laluan tak rata, semasa membelok, panjat dan turun bukit pacak. Tempat ni memang best sbb banyak bukit2 keras boleh dibuat tempat terbang-terbang..hehe..Terima kasih pada jurulatih-jurulatih sebab bagi tunjuk ajar dan nasihat. hilang gak gayat aku. skali dah boleh terus nak buat lagi..hehe..mula-mula bukit kecil. bila dah yakin beralih ke bukit tinggi plk.
 |
| rehat selepas sesi latihan untuk beginner |
10.30 pagi- setelah tengok aku dah macam biasa dengan keadaan offroad, mereka pun mula bergerak ke pantai bagan lalang. Lalu kawasan rumah orang asli, ladang sawit, tempat pembuangan sampah dan macam-macam lagi. Masa ni aku diajar ride cara berdiri sambil mengawal keadaan scram dengan keadaan jalan yang berlubang-lubang penuh air. sambil ride berdiri, kene elak lubang dan plan jalan mana nk lalu bagi memudahkan pergerakan moto kita. lama gak trail ni. aku dok biasakan bawak moto tp kecik dgn abg faizal dok merembat berdua. tinggal yang lain-lain kat belakang..hehe..setelah sepurnama bawa moto, tetiba abg zairi cakap jalan nk ke sebelah dah tenggelam dek air. kami pun melilau cuba cari jalan lain tp suma jalan dah banjir. nak tak nak terpaksa patah balik ke highway untuk masuk ke jalan sebelah je. memang sadis sebab longkang je kena pusing jauh padahal jalan sebelah sebelah je. Bau air samapah tu jangan cakap la. macam-macam aroma terapi ada. yang hampeh ni si kecik bantai langgor-langgor air bagi mercik kat orang lain.haha..tapi syok bila dah basah,alang-alang dah basah aku pun main langgor je air.kekeke..
 |
| berehat sejenak bersama rokok |
1.30 petang- kami baru sampai pantai. terlewat dari jangkaan disebabkan terpaksa patah balik semasa di jalan sampah td. dengan kondisi moto yang kotor gila dan bau harum semerbak kami selamba je parking di depan kedai. Semua makan dengan rakus lagi-lagi aku sebab lapar yang teramat.hehe
 |
| ni la tmpt parking offroad..xde petak parking. |
 |
| air air.. |
 |
| mane makanan nye? |
 |
| nasi ayam yang aku order |
2.30 petang- selesai makan dan hisap rokok. semua pindahkan moto untuk pergi mandi. memula ingat nk bilas badan kat tandas tapi dah alang-alang sampai pantai rugi la tak mandi pantai..hehe..semua pun pergi la mandi pantai, tinggal la abg zairi jaga barang-barang sebab dia dah gi bilas badan dulu tadi. kami pun pergi ke pantai tp tengok keadaan air laut yang macam nescafe ais tu memang hilang skit mood nk mandi..tp sikit je la.hehe..selepas puas mandi dan cuci mata..kami pun g bilas badan dan bergerak pulang..
4.00 petang- bergerak pulang setelah selesai semua. Balik semua bawa laju teramsuk aku sebab dah tau jalan. hehe.. kemudiaan semua pecah balik ikut laluan yang ke putrajaya 2 orang. time nk keluar dari taman kemandol tu aku tergolek kat jalan batu nk lintas highway yang dalam proses. memula nak jatuh dengan segak je tahan kaki. pas betulkan posisi moto cuba lagi nk panjat jalan tapi dah memang dia mintak aku tergolek, so tergolek la dengan penuh bergaya depan bebudak rempit yang dok main wheelie kat atas jalan highway tu..huhu..calor decal aku..cesss
 |
| kecik punya moto tayar pancit |
 |
| parking offroad |
 |
| sedetik sebelum tumbang dengan sendiri..hampeh |
 |
| dah sampai rumah. |
 |
| calar sebab jatuh |
6.00 petang - aku sampai di shah alam. sampai rumah terus basuh moto sebab esok nk keje.sakit-sakit badan dah ni sebab 1st time trail jalan jauh. sekian sahaja cerita aku.... :)
0 ulasan:
Catat Ulasan