Sabtu, 24 Disember 2011

Konvoi Bersama Staff Pengangkutan Ke Bukit Fraser

24 Disember 2011, satu konvoi akhir tahun diadakan oleh kakitangan unit pengangkutan bagi menghilangkan tekanan kerja selama setahun. Pada asalnya hanya beberapa orang sahaja yang bercadang untuk mengikuti aktiviti riadah ini tetapi berlaku pertambahan di saat-saat akhir pada hari kejadian. berikut adalah kronologi aktiviti ini.

7.00 pagi - Semua ahli konvoi berkumpul di terminal bas sebelum bergerak bagi mengumpul dan mengayat ramai lagi kawan-kawan agar turut serta. hehe..Terdapat peserta yang makan pagi sementara menunggu ahli yang lain.

8.30 pagi - Bergerak ke bengkel moto di Batu Cave untuk mengambil moto Demak DTM yang siap diservis dan diperbaiki. Setelah semua selesai, bergerak ke Ulu Yam tetapi sebelum itu berhenti di Petronas sebelum naik ke jalan Ulu Yam. Selepas semua isi minyak, berhenti di kedai untuk minum sekali lagi beramai-ramai. Selesai makan, semua bergerak sambil bawa dengan berhemah. Terdapat trek motocross di air terjun pertama. Terasa nak mencuba tetapi disebabkan dalam konvoi terpaksa dibatalkan niat. Kemudaian sampai di air terjun kedua, hujan pun turun. Semua berhenti untuk mengenakan baju hujan sebelum meneruskan perjalanan.


9.30 pagi - Berhenti di empangan Kuala Kubu Baru untuk sesi bergambar. Lihatje la gelagat-gelagat peserta tanpa mengira tua dan muda. Selesai bergambar kami pun meneruskan perjalanan. Ada juga yang ambil peluang layan selekoh di jalan-jalan ini. hehe




11.00 pagi - Berhenti di tempat rehat semasa dipertengahan jalan naik ke Bukit Fraser. Terdapat air terjun di kawasan ini.


Air terjun di belakang


12.00 tengah hari - Sampai di puncak Bukit Fraser. Kabus sgt tebal dan sejuk. Bercakap sampai keluar wap mulut macam di antartika.hehe

Periksa calar moto akibat jatuh

Masa nak sampai di puncak terdapat 2 peserta terjatuh disebabkan jalan yan licin berlumut. Tayar belakang moto memang asyik gelincir je. Oleh sebab itu dinasihatkan jangan layan selekoh masa nak naik ke atas. Sampai je puncak, terus amik gamabr sebagai bukti kejadian.hehe. Selesai bergambar, kami naik ke restoran diatas untuk makan tengah hari.


Bukti sampai di Bukit Fraser.hehe

Depan restoran untuk makan tengah hari.
2.00 petang - Selepas makan, kami semua turun ke air terjun. Kasawan ini agak lengang kerana jarang orang datang mandi sebab air dia terlalu sejuk.

nampak dalam tapi cetek sebenarnya kerana pasir penuh.

moto park dalam sebab jauh nk jalan kaki



makan buah-buahan tempatan
3.30 petang - Selesai menikmati air terjun, kami pun pergi ke Tasik Allan. Di situ ada bot kayuh sewa sebanyak RM6 seorang. Terdapat banyak ikan boleh dilihat dan diberi makan.


4.00 petang - begerak turun untuk balik melalui jalan keluar Raub untuk ke Bentong. Semasa perjalanan turun, terdapat satu kemalangan ringan dimana moto terjunam ke dalam gaung sekali dengan rider akibat dari terkejut dan mengelak kerete yang tiba-tiba muncul dan makan jalan. Nasib baik semak tebal menjadi penghadang, jika tidak memang ke bawah gaung la alamatnya. Nasib baik ada penunggang basikal yang lalu untuk menolong menarik moto ke atas. Moto Demak ni berat gile kalau di bandingkan dengan moto Kawa aku ni.

lokasi moto tertonggeng


moto mangsa
5.30 petang - Sampai di pekan Bentong, kami berhenti mencari lokasi durian untuk makan berjemaah. Durian musang king ni dijual RM3 sekilo. Jadi kami pun makan 10kg. Isi besar ni.



Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur. Sampai di tempat kerja dalam jam 7 malam. Kami berehat sambil basuh moto sebelum balik ke rumah masing-masing. Sekian :)

0 ulasan:

Catat Ulasan