Jumaat, 23 Disember 2011

Trail Shah Alam - Bukit Ramli - 13hb November 2011

Hari ini bermula satu perjuangan menentang alam semulajadi walaupun masing-masing bukanlah dari kalangan askar atau pun jabatan alam sekitar. Tetapi semangat bersukan sambil mendampingi flora dan fauna amatlah tebal di jiwa dan sanubari peserta-peserta hari ini. Peserta hari ini tergolong dari semua peringkat umur dan kawasan. Ada yang jauh dan dekat. Jadi sesamalah menyaksikan kronologi aktivit hari ini.....

8.00 pagi - berkumpul di Restoran Mirasa Seksyen 9, Shah Alam. Restoran ini menjadi titik pertemuan dan permulaan untuk aktiviti hari ini. Lokasi restoran ini adalah berhampiran dengan Plaza Masalam, sebaris dengan McDonald. Masa lepak tunggu orang lain sampai ada otai-otai yg datang macam abg rawi dan rakan-rakannya.


9.00 pagi - Tayar golek. Siapa yang lambat tidak dilayan kerana ketepatan masa diutamakan dalam trail ini. Bermula dari Bukit Cherakah untuk sesi panaskan badan di laluan tiang untuk bagi keserasian pada beginner-beginner termasuk aku. Sebelum mula masuk hutan, kena ambil foto dulu untuk sesi menaikkan semangat. hehe



Dari Bukit Cerakah, kami lalu Bukit Bandaraya sebelum tembus ke Kampung Budiman. Tapi kawasan bukit-bukau telah dinodai oleh pembangunan yang terlalu pesat bagi aku. Abis semua bukit dah gondol dan suhu menjadi sangat panas. Gambar kat bawah ni tengah redah kawasan perumahan tak siap. Ada 3 rider tengah berlumba di situ sebab tertinggal.hehe


9.30 pagi- Setelah puas mencari jalan, akirnye baru jumpa jalan masuk. Itu pun di korek longkang besar pada simpang masuk bagi mengelakkan kereta atau lori dari masuk ke kawasan ladang orang lain. Jadi kami pun berhenti rehat sambil pekena rokok sepam dua.


10.15pg- Setelah sekian lama meredah ladang, kami pun sampi di bukit tempat Altantuya dibunuh. Oleh sebab itu kami pun memanggil la bukit ni sebagai bukit Altantuya. Masuk dari tepi jalan, cross longkang sebelum naik bukit sambil mengharungi akar-akar dan pokok. Trek ni adalah trek basikal MX sebenarnye tapi telah dipersetujui untuk kegunaan bersama asalkan masa tidak bertembung. hehe


Otai Zairi sedang menceramah seorg peserta lalu menghalau dia balik..cewahh...haha..ntah pe yang dibualkan oleh Along ni.

Peserta versatail dari Bukit Naga.Helmi namanya.hehe..Berikut adalah gambar-gambar semasa di bukit altantuya. Saksikan laaaaa wahai rembulannnn..ehhhh dangdut plk...




Proses melepasi balak tumbang. Tempat ni agak teknikal tapi terbaik untuk beginner memadu asmara dengan alam sekitar.


Tarik pikap sebelum terbang tapi hati-hati kerana ada pokok berduri di tepi balak ni. Kang melekat jadi landak pulak. hehe


Otai sedang menolong 1st timer trail untuk melepasi halangan..


Semua termenung bila ada pokok tumbang. Semua tak bawak parang. memula tanya orang kampung cakap pokok suma dah di clearkan tapi time kitorg sampai terpampang pokok besar tumbang. cesss kene game kitorg..hehe


Proses mematahkan dahan setakat yang mampu kemudain semua kene tolong-menolong mengangkat moto untuk melepasi halangan. Maklum la hari sebelumnye ribut kuat.



12.00 tgh hari- sampai di puncak Bukit Ramli. masa untuk bersantap dengan diiringi angin bukit yang nyaman. pekena air nenas segar dari ladang. Bukit Ramli ni adalah tempat istirahat bagi warga scrambler dan mountain bike uphill/downhill. Ada restoran, karaoke dan trek untuk penduduk sekitarnya.


Permandangan di sekitar Bukit Ramli. Ladang nenas merata-rata.





Pokok tongkat ali untuk tatapan semua..hehe


Ni adalah trek cross di kaki bukit Bukit Ramli. sebelum balik, kami dok layan dulu sekejap.hehe



3.00 ptg- sampai semula di kedai mamak tempat mula berkumpul. Elok je sampai hari pun hujan.


5.00 ptg- Setelah semua offroader balik, ak pun singgah lepak bersama kawan-kawan drift pulak di trek drift shah alam. Nasib baik la kete drift aku dah jual,kalo x mmg tumpang sekaki. Tapi xpe, dapat gak lepas gian dengan pinjam kete kawan tuk drift selap dua..hehe..ak dah semakin kurang dalam dunia drift sejak mula berkecimpung dalam sukan offroad ni. soti kengkawan, sebab utama ak dah xde kete drift. tggu la tahun depan ak wat projet kete turbo plk kalo ada duit lebih.hehe..

0 ulasan:

Catat Ulasan